Sedang melawan kantuk tika memamah butir-butir tulisan yang disalin kembali,buat persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan semester minggu hadapan. Hari yang penuh penjara diri (memenjarakan diri sebenarnya), melawan dugaan Kinokuniya,MPH, yang semakin galak menggamit-gamit. Cuma bersendirian, tiada nikmat mahu mendapatkan pandangan tentang karya-karya terbaru di pasaran yang bagus untuk dilumati. Ahad pula diseparuhi dengan lawatan ke taman syurga, mengorbankan masa berbaring di tilam empuk kala mentari mahu bersinar. Para rafik sirna entah ke mana menjelang hari minggu. Terima kasih buat peneman, menyisihkan sunyi yang tak malu bertandang (^_^).
Kemilau permata titisan hujan, disambut riang tawa tanih yang menyubur...
Di celahan kemilau itu, gugusan bahagia untukmu menyelinap gembira bersedia menjagamu...
Petiklah bahagia itu, kerana Dia takkan cuma memberimu satu bahagia, bahkan bergugusan bahagia yang bercambah subur....
Sentiasalah bermohon agar bahagia itu tetap menjadi milikmu....
p/s: Puisi ini adalah tugasan tambahan....
salam intifadha..salam mujahadah mengharungi liku hidup di dunia ini..ingatlah,hari ini kita berjaya,tetapi belum tentu esok..jadilah mereka yg hidup dalam kesederhanaan,dan rendah diri di hadapanNya..dunia sementara,akhirat selamanya:)
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan ringkas yang saudari fiqhullughah kongsikan. Semoga terus terpateri dalam ingatan (^_^)
ReplyDelete