Menggapai bebintang di langit malam, tamsilan dalam menuntut dan mencari ilmu dalam kehidupan.... Ranjau yang dilalui penuh keperitan, penghujungnya kebahagiaan yang mengindahkan, andai segala manfaat keilmuan itu, tuntas diterjemahkan dalam meniti kehidupan yang punyai pelbagai warna.....
Tuesday, 12 January 2010
Aduhai Panggilan Rezeki.....
(Gambar-gambar ini diambil pada jam 6.57 pagi dari tingkap kamar)
Aduh, pagi ini terlambat menunaikan kewajiban yang memang wajib dilakukan setiap hari sepanjang hayat. Adakah akibat mata ini yang degil tak mahu lelap awal? Duhai mata,lepas ini kena beradu awal....
Tersedar sahaja,terus bergegas-gegas menyucikan diri. Usai sahaja membuka hari, tertarik pula dengan rembulan sabit (purnama sedang menyendiri tanpa mahu dilihat oleh sang perindunya) dan gumpalan awan yang berbentuk. Tangan terus ringan mendetikkan bunyi kamera.
Aduh, mata ini sekali lagi memesrai kantuk, hilang kudrat mahu menyahut panggilan rezeki..... Namun panggilan itu hanya didengari dalam mimpi hening pagi sahaja akhirnya. Selamat tinggal panggilan rezeki 12 Januari 2010..... Titik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment